Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ri] | لاري

Definisi : 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ri] | لاري

Definisi : 1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
running fixtetapan lari/fiks lariMatematikTiadaPenentuan kedudukan kapal dengan mengambil satu garis bearing, yang diketahui jaraknya dengan memindahkan garis pertama ke kedudukan baru dan menyilangkannya dengan garis kedudukan yang lain.
long distantlari jarak jauhSukanTiadaAcara lari jarak jauh seperti lari 5000 m, 10 000 m, dan maraton.
middle distancelari jarak sederhanaSukanTiadaAcara lari pada jarak sederhana, seperti lari 800 m, 1000 m, 1500 m.
check markspenanda lari landasSukanTiadaTanda yang diletakkan di atas lorong lari landas bagi acara lompatan dan balingan, serta tanda yang diletakkan di atas lorong balapan bagi acara lari berganti-ganti.
heptathlonheptatlonSukanTiadaPertandingan untuk peserta wanita yang terdiri daripada tujuh 7. acara, iaitu 110 m lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lumba lari 200 m, yang dipertandingkan pada hari pertama, dan lumba lari 800 m, lompat jauh, dan merejam lembing pada hari kedua.
overrunlari lebihKejuruteraanTiadaLari lebih: Kehilangan data kerana peranti penerima tidak boleh menerima data pada kadar yang dihantar.
steeplechaselari berhalanganSukanTiadaAcara lumba lari berhalangan untuk peserta lelaki yang melibatkan empat 4. halangan dan satu 1. lompatan air bagi setiap pusingan. Jarak larian ialah seperti acara 2000 atau 3000 m.
showerhujan lariGeografiTiada1. Hujan lari: Curahan singkat hujan atau batu hujan yang berbeza keamatan dan kepanjangan.
run outmati lariSukanTiadaMati lari: Kegagalan pemukul memasuki garisan pemukul, apabila kayu pancang dijatuhkan oleh pemadang.
fartlek runninglari tukar kelajuanSukanTiadaSejenis latihan lari bercampur, seperti berjoging, berlari, berjalan atau memecut. Larian ini dilakukan tanpa henti atau rehat sehingga tamat jarak yang dirancang. Sinonim: speed-play
12345678910...

Kembali ke atas