Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ris] | لاريس

Definisi : laku sekali (barang jualan), sangat suka dibeli orang (bkn barang jualan), larap, payu: kedai itu tidak berapa ~ jualannya; melariskan menyebabkan jadi laris: pem­bongkaran kisah rumah tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu; kelarisan perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masing­masing; pelaris 1. = ilmu (hikmat) ~ jampi (penawar dll) yg boleh menjadikan jualan dsb laris; 2. barang yg dijual lebih murah utk melakukan barang yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ris] | لاريس

Definisi : banyak dibeli orang; sangat laku (bkn barang jualan): Kuihnya sangat ~. melariskan menyebabkan banyak dibeli orang (bkn barang jualan): Utk ~ barang-barangnya, tauke itu mengadakan jualan murah pd tiap-tiap tahun. pelaris 1 mantera dsb yg dpt menjadikan sesuatu laris. 2 barang yg dijual murah utk melakukan barang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laris
Rujuk :laku


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
best sellerbuku larisPerpustakaanTiadaBuku yang paling popular dan laris dijual dengan jumlah yang luar biasa.
fast-movinglarisEkonomiTiadaTiada
moving linebarang larisEkonomiTiadaTiada
hot skidwaybetau larisPerhutananTiadaTiada
hot loggingpembalakan larisPerhutananTiadaTiada
fast moving consumer goodsbarang pengguna larisEkonomiTiadaTiada
bai‘ man-yazidbai‘ man-yazidPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli secara lelong dengan harga barangan ditentukan oleh tawaran atau persetujuan penjual dalam lelongan awam. Akad ini berlaku dalam dua keadaan, iaitu penjual menawarkan produk dengan harga tertinggi kepada para pembeli atau pembeli menawarkan harga yang tertinggi. Urus niaga ini diharuskan oleh syarak untuk menjual produk yang kurang laris, mudah rosak, jualan tebus hutang atau jualan barangan untuk kebajikan. Jualan tender merupakan lanjutan jualan secara lelong. Sinonim bai‘ muzayyadah, man-yazid, muzayyadah.

Kembali ke atas