Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ru.tan] | لاروتن

Definisi : 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ru.tan] | لاروتن

Definisi : cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larutan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
molarmolarKepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling.Menengah Atas
hipertonikhypertonicLarutan yang mempunyai tekanan osmosis yang lebih tinggi daripada larutan lain yang dijadikan larutan piawai.Menengah Atas
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat RajahMenengah Rendah
gula penurunreducing sugarGula yang mempunyai sifat menurunkan larutan Fehlings atau larutan Benedict kepada kuprum oksida.Menengah Atas
pentitratantitrationKaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk.Menengah Rendah
mendakanprecipitateHasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat.Menengah Rendah
larutansolutionCampuran satu atau lebih zat terlarut di dalam pelarut. Zat terlarut mungkin gas, cecair atau pepejal dan pelarut biasanya ialah cecair.Menengah Rendah
larutansolutionCairan yang di dalamnya terdapat bahan-bahan yang sudah larut.Sekolah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali.Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas