Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemandangan dll yg men­jadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruh­nya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latar belakang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "wallpaper background"? "background" ialah latar belakang, manakala "wallpaper" ialah hiasan latar. Mana yang sesuai digunakan antara yang berikut: hiasan latar latar belakang latar belakang hiasan latar hiasan latar belakang Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "wallpaper background" dalam pangkalan data kami.  Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah hiasan latar belakang.Istilah17.08.2013
latar belakang atau latarbelakang?Ejaan yang betul ialah “latar belakang”. Ejaan25.07.2023
Latar belakang penubuhan DBP dan peranan DBP dalam pembentukan peristilahan di Malaysia.Untuk mengetahui latar belakang penubuhan DBP, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan di perpustakaan berdekatan dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Peranan DBP dalam pembentukan istilah antaranya ialah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi seperti univeristi yang melibatkan pakar-pakar bidang untuk membentuk sesuatu istilah. Di samping itu juga, DBP berperanan untuk mencetak dan menyebarkan sesuatu istilah kepada masyarakat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum.Lain-lain31.07.2008
Penggunaan istilah latarbelakang....jauh atau dekat... Adakah berbeza mengkut konteks penggunaan ayat Contohnya ...latarbelakang muzik dengan latar belakang responden harap diperjelaskanUntuk makluman, latar belakang dieja jauh dan ia bermaksud:
 
A) Sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya.
B) Dasar sesuatu hal.

Sehubungan dengan itu, untuk kedua-dua situas tersebut, latar belakang boleh digunakan.
Istilah29.10.2015
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang Hamzah Fansuri dan sumbangannya terhadap dunia sasteraLatar belakang Hamzah Fansuri boleh dirujuk pada buku Kesusasteraan Melayu Trdisional terbitan DPP, 1993, bab 9, m/surat 393 hingga 445. Buku boleh diperolehi di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Kedai Koperasi DBP atau di mana-man perpustakaan negeriLain-lain03.08.2007
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil?Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi.Makna10.07.2008
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih.1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala LumpurTatabahasa25.07.2007
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat  mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Tatabahasa10.11.2014
Apakah isi yang perlu ada dalam latar belakang bagi kertas kerja cadangan bagi program? mohon pencerahan. Terima kasih.Kertas kerja cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas kerja cadangan, kecuali format yang diguna pakai atau ditetapkan bagi sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, untuk mengetahui apa yang perlu ada dalam latar belakang dalam kertas kerja cadangan, tuan perlu merujuk pihak yang terlibat dalam program tersebut. Selain itu, tuan boleh juga melihat contoh-contoh kertas kerja cadangan yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang sama sebelum ini.Lain-lain29.07.2021
Salam. Mohon jelaskan latar belakang penggunaan ungkapan "dengan izin" di Parlimen apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris.Ungkapan dengan izin digunakan di Parlimen sebagai cara yang santun apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. Ungkapan ini merupakan padanan bagi ungkapan bahasa Inggeris with permission.   Makna06.01.2009
123456

Kembali ke atas