Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.téks] | لاتيک س

Definisi : (latéks) cecair yg keluar dr pokok getah, susu getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lateks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
latex foambusa lateksKimiaTiadaLateks terlenturkan yang diperoleh dengan memutarkan udara ke dalam lateks tak tervulkan atau dengan memasukkan bahan yang mengeluarkan gas, seperti natrium bikarbonat, ke dalam stok lateks yang telah hancur. Busa lateks digunakan sebagai penebat gegaran dan bahan pembungkus.
latexlateksKejuruteraanPolimerLarutan ampaian polimer yang berkoloid, sama ada polimer sintetik atau asli. Secara sintetik, lateks diperolh daripada pempolimeran emulsi, Lateks jenis ini biasa digunakan sebagai cat atau bahan penyalut. lateks asli pula diperoleh daripada cairan pokok seperti pokok Hevea brasiliensis dan tumbuhan lain. Getah asli diperoleh daripada lateks asli.
latexlateksHerbaTiadaCecair putih atau cairan susu yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Lateks biasanya diperoleh melalui torehan pada bahagian tertentu pokok. Contoh lateks seperti susu getah yang diperoleh daripada batang pokok getah (Hevea brasilensis) untuk kegunaan industri getah dan getah candu daripada kapsul pokok candu (Papaver somniferum) untuk kegunaan farmaseutikal.
sound face cuttingbelahan muka baikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPermukaan papan yang tidak mengandungi bahagian reput empulur atau wen, tetapi boleh mengandungi bahagian gubal dan buku kayu yang sihat, cacat warna, kesan salur lateks, rekah lateks, dan floem terkandung yang berdimensi kurang daripada 5 cm. Liang serangga yang sedikit bilangannya diizinkan dalam pengelasan ini.
latex cementsimen lateksKejuruteraanTiadaLarutan pelarut lateks yang merekat kuat.
latex adhesiveperekat lateksKejuruteraanPolimerPerekat daripada polimer lateks hasil daripada pempolimeran emulsi.
latexlateksKimiaTiadaCecair kompleks yang menyerupai susu dan hidrokarbon, karbohidrat dan protein. Lateks diperoleh daripada beberapa spesies pokok seperti pokok getah, Hevea brasiliensis, dan digunakan untuk membuat barangan getah.
latex cementsimen lateksKejuruteraanPetroleumSimen telaga minyak yang terdiri daripada campuran lateks, simen, bahan surfaktan dan air. Simen jenis ini dicirikan oleh ikatan yang kuat antara simen dengan bahan-bahan lain dan juga tahanannya terhadap pencemaran oleh minyak atau lumpur penggerudian.
latex caulkpakal lateksKejuruteraanKejuruteraan BangunanKedap yang berjulat rendah yang diperolehi daripada lateks tiruan.
latex tubetiub lateksPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLatisifer yang terkandung di dalam ruji. Tiub lateks terbentuk daripada sel atau siri-siri sel yang telah diubahsuai dan tiub ini bukan merupakan saluran antara sel.
123456789

Kembali ke atas