Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tif]/[la.tif] | لطيف

Definisi : Ar halus, seni, lembut (perangai dll), sedap (makanan): makanan yg ~-~ makanan yg lazat-lazat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LATIF MOHIDIN UMUM 
BAHARUDDIN LATIF

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABDUL LATIF ABDUL RAZAK

Abdul Latiff Abdul Razak (1889–1956), ahli perubatan dan anak Melayu pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor. Abdul Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Malay College Kuala Kangsar, Perak; dan King Edward VII, Medical College Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL LATIF LONGABDUL LATIF LONG (1946-     ), pengukir. Dia lahir di Kampung Cawat, Besut, Terengganu. BUDAYAKonsep
YAACOB ABDUL LATIF, TAN SRIYAACOB ABDUL LATIF, Tan Sri (1918-    ), Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua (1972-1983).  Dia lahir pada 1 Februari 1918 di Kelang, Selangor.  Dia daripada keluarga bangsawan Melayu yang berpendidikan tinggi. Bapanya, Doktor Latif merupakan orang Melayu yang pertama menjadi doktor di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara datuknya adalah seorang majistret dan Datuk Setia kepada Sultan Selangor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI

SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI (1852/1860-1916), ulama Indonesia. Beliau lahir di Koto Gadang. Nama sebenarnya ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ayahnya, Khatib Nagari ialah saudara Datuk Rajo Mangkuto, Tuanku Laras Koto Gadang, manakala ibunya ialah saudara kandung ibu Syeikh Tahir Jalaluddin, pelopor gerakan pembaharuan Islam di Dunia Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SALLEH ABD. LATIFF

SALLEH ABD. LATIFF (1947 -       ), penulis Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 22 September 1947 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh bin Abd. Latif.  Dia menggunakan nama pena seperti Ala Salfa, Ala Sahmah, FM, Sal dan Winnie Mas.  Dia mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris dari tahun 1953 hingga tahun 1965.  Dia juga pernah menuntut di North East London Polytechnic, London (1980 – 1982) dan memperoleh diploma tertinggi (IIND) dalam pengajian pengurusan.  Dengan kelulusan itu, dia diterima sebagai ahli penuh British Institute of Management (BIM).

SASTERATokoh
GAPIM

GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas