Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tih] | لاتيه

Definisi : ; ~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dsb) yg diulang-ulangi (utk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir); berlatih = ~ diri memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; melatih 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; terlatih telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~; latihan pelajaran atau didikan utk memahir­kan (membiasakan), ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk men­jalankan kerjanya; ~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamal­kan) sendiri (sains dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll); pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius; pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tih] | لاتيه

Definisi : telah biasa (kerana belajar atau diajar); cekap: Walaupun sudah berbulan-bulan dia belajar bermain piano, tetapi masih belum ~. ~ tubi kerja-kerja amali yg dilakukan berulang-ulang utk memperoleh kemahiran atau kecekapan. berlatih membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. melatih 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. terlatih telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. latihan pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. pelatih 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
latih
Rujuk :ajar


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
field-dayn 1. (mil) hari gerak latih; 2. sports day, hari sukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drill1n 1. instrument for boring holes, gerudi: electric ~, gerudi elektrik; a dentist’s ~, gerudi doktor gigi; 2. (mil) latihan: land ~, latihan darat; infantry ~, latihan infantri; 3. practice session showing people what to do in an emergency, latihan: a fire ~, latihan kebakaran; 4. (academic exercise) latih tubi: pronunciation ~s, latih tubi sebutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shec. (for recently deceased female person), i. (Muslim), (al)marhumah; (royalty) Allahyarhamah; ii. (non-Muslim) mendiang; 3.(ref to female animal) approp n + betina [sometimes not translated]: I trained both dogs but ~’s the better hunter, saya sudah latih kedua-dua anjing itu tetapi anjing betina ini lebih pintar memburu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas