Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ti.han] | لاتيهن

Definisi : pelajaran atau didikan utk memahir­kan (membiasakan), ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk men­jalankan kerjanya; ~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamal­kan) sendiri (sains dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ti.han] | لاتيهن

Definisi : pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak bertanya..tentang penggunaan di dalam dan ke dalam. Contoh ayat ; salin latihan tersebut dalam buku latihan atau salin ayat tersebut di dalam buku latihan. Harap dapat beri sedikit pencerahan.Penggunaan yang betul ialah "Salin latihan tersebut dalam buku latihan".

Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.

Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Tatabahasa15.02.2021
"Latihan Dalam Perkhidmatan" atau "Latihan dalam Perkhidmatan" yang mana lebih tepat. Adakah perlu dibesarkan setiap huruf hadapan atau tidak. terima kasihSebagai kata nama khas seperti nama kursus "Latihan dalam Perkhidmatan". Huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali kata sendi nama.Tatabahasa01.06.2015
selamat sejahtera. 1. menjalankan latihan dan menjalani latihan yang mana betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah menjalani latihan.Tatabahasa17.07.2012
Selamat sejahtera Encik/Puan, latihan bina ayat atau latihan membina ayat mana yang betul? terima kasih.Ayat yang betul ialah: Latihan membina ayat. Tatabahasa30.10.2022
Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADATatabahasa07.12.2016
maksud latihanAntara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.10.2009
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan.b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan.Tatabahasa21.08.2014
selamat sejahtera, Apakah maksud perkataan 'Doktrin Latihan'Maksud Doktrin Latihan tidak ada dalam sumber rujukan DBP, apa yang ada ialah doktrin bermaksud Pegangan atau fahaman atau ajaran berkenaan sesuatu kepercayaan, prinsip, agama atau ilmu pengetahuan yang diamalkan untuk satu tujuan.Makna24.06.2008
salam sejahtera. Yang manakah betul? Guru BM memberikan 'latihan pemahaman' ATAU ' latihan kefahaman ' kepada murid. Harap dapat beri sedikit ulasan. terima kasih.Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.
Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. 

Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.
Tatabahasa12.09.2012
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai.Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN)Lain-lain08.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas