Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ti.han] | لاتيهن

Definisi : pelajaran atau didikan utk memahir­kan (membiasakan), ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk men­jalankan kerjanya; ~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamal­kan) sendiri (sains dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ti.han] | لاتيهن

Definisi : pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latihan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in house traininglatihan dalamanPentadbiranPentadbiran Awam

Latihan kakitangan yang dilakukan oleh sesuatu syarikat atau pertubuhan secara sesama mereka tanpa mengganggotai organisasi atau pusat latihan lain. Ia bagaimanapun boleh dilakukan dengan menjemput jurulatih dari luar yang profesional bagi menjalankan bengkel atau latihan tersebut. Latihan ini boleh bersifat latihan peningkatan motivasi mahupun yang dirangka khas untuk program, bahagian, pengkhususan atau kumpulan tertentu. Jurulatih biasanya boleh merangka sesuatu latihan menurut jadual, kehendak dan syarat majikan.Pada masa yang sama pelatih boleh mengongsi maklumat dan masalah di tempat kerja dengan jurulatih dan input seperti ini memberi kesan baik kepada majikan. Kebanyakan bank dalam negara ini telah melaksanakan latihan dalaman untuk menjimatkan perbelanjaan dan memberi kemudahan pengangkutan kepada pekerjanya.

computer based traininglatihan berasaskan komputerTeknologi MaklumatTiadaLatihan yang menggunakan komputer sepenuhnya. Bahan atau modul latihan dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia Director dan Flash. Pelatih mengikuti latihan dengan mencapai bahan latihan dalam CD atau melalui Internet. Contohnya seperti latihan menggunakan Windows.
computer based traininglatihan berasaskan komputerTeknologi MaklumatTiadaLatihan yang menggunakan komputer sepenuhnya. Bahan atau modul latihan dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia Director dan Flash. Pelatih mengikuti latihan dengan mencapai bahan latihan dalam CD atau melalui Internet. Contohnya seperti latihan menggunakan Windows.
walk through rehearsallatihan awalKomunikasiTiadaLatihan yang dijalankan pada peringkat awal sebelum latihan penuh dan latihan berkamera.
random practicepraktis rawakSains SukanBiomekanikKaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton.
desk traininglatihan mejaPentadbiranTiadaLatihan perkeranian atau latihan dalam kerja sesebuah pertubuhan atau perniagaan.
National Dual Training System (NDTS)Sistem Dwilatihan KebangsaanPengurusanTiadaLatihan kemahiran berorientasikan industri yang melibatkan dua situasi pembelajaran, iaitu latihan praktikal di syarikat dan latihan teori di Pusat Latihan NDTS.
functional traininglatihan fungsiPentadbiranTiadaTugas bagi sesuatu latihan yang dijalankan seperti mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dan membentuk satu dasar latihan yang jelas supaya dapat menyediakan kaedah serta peralatan yang paling sesuai.
media traininglatihan mediaKomunikasiKorporatLatihan yang dilaksanakan bagi mengorientasikan petugas perhubungan awam mengenai budaya media dan kaedah pelaksanaan kerja dalam organisasi media. Jenis latihan tersebut termasuklah pengenalan agensi media yang beroperasi dalam sesebuah negara, sistem pengurusan, dan gaya penulisan berita dalam sesebuah agensi media. Tujuannya adalah untuk membantu petugas perhubungan awam memahami cara media beroperasi dan dapat membezakan gaya penulisan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi media. Selain itu, para petugas perhubungan awam sesebuah organisasi dilatih untuk mengendalikan petugas media dan aspek lain yang berkaitan dengan media. Latihan ini diberikan dari semasa ke semasa secara formal dan tidak formal, dirancang sendiri oleh organisasi atau melalui program latihan yang distruktur oleh institut atau badan profesional. Hasil latihan, petugas media boleh mendapat pengiktirafan dalam bentuk sijil, diploma, atau ijazah yang dikeluarkan oleh agensi yang diiktiraf.
trained personnelindividu terlatihHerbaPeraturan dan PemasaranSeseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik.
12345678910...

Kembali ke atas