Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau/] | لاءوق

Definisi : 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam­-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata di­perkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang­-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau/] | لاءوق

Definisi : (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lauk (kata nama)

Puisi
 

Apa lauk nasi kurendang,
     Putik petola dari Patani;
Apa ubat hatiku terkenang,
     Gesek biola tariklah menyanyi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kuah lade[ku.wAh lA.d«] sejenis lauk gulai pedas daging lembu atau ikan yang diperbuat daripada campuran cili kering, sedikit ketumbar biji, jintan manis, lada hitam, kerisik atau kelapa bakar yang kesemuanya dilumatkan dan ditumis.   
serunding kacang[s«.Äun.diN kA.tSAN] sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis.   
kuah asam pedas[ku.wAh A.sAm p«.dAs] sejenis lauk pedas yang mengandungi ikan atau daging dan daun limau purut.   
tedas[t«.dAs]kata kerjamakan; boko, sepah.Abes kau tedas semue laok tu.[A.bes kAw t«.dAs s«.mu.w« lAo/ tu]Habis kamu makan semua lauk tu.
sepah[s«.pAh]kata kerjamakan; boko, tedas.Abes kau sepah semue laok tu.[A.bes kAw s«.pAh s«.mu.w« lAo/ tu]Habis kamu makan semua lauk tu.
selasau[s«.lA.sAw]kata namatempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah.Pasangle selasau nanti laok kena panas.[pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs]Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas.
nasik penanggah[nA.si/ p«.nAN.gAh] nasi dan lauk kenduri yang dihidangkan untuk orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin sebelum tetamu datang.Ni nasik penanggah, pegi antau.[ni nA.si/ p«.nAN.gAh p«.gi An.tAw]Ini nasi penanggah, pergi hantar.
bebanjau[b«.bAn.dZAw]kata namaanggaran pada barang-barang.Kau beli le daging bebanjau setengah kilo, nak buat rencah laok.[kAw b«.li l« dA.giN b«.bAn.dZAw s«.t«.NAh ki.lo nA/ bu.wA Ä«n.tSAh lAo/]Engkau belilah daging anggaran setengah kilo, hendak buat rencah lauk.
beseban[b«.sE.bAn]kata kerjaberkumpul beramai-ramai untuk membuat sesuatu kerja di satu tempat, misalnya di anjung rumah.Kat dapo tu beseban orang perempuan tengah siap bahan laok kenduri.[kAt dA.po tu b«.sE.bAn o.ÄAN p«.Ä«m.pu.wAn t«.NAh si.jAp bA.hAn lAo/ k«n.du.Äi]Di dapur, ramai orang-orang perempuan sedang menyiapkan lauk kenduri.

Kembali ke atas