Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau/] | لاءوق

Definisi : 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam­-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata di­perkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang­-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau/] | لاءوق

Definisi : (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lauk (kata nama)

Puisi
 

Apa lauk nasi kurendang,
     Putik petola dari Patani;
Apa ubat hatiku terkenang,
     Gesek biola tariklah menyanyi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAN MASIN

IKAN MASIN, ikan yang diperap dengan garam dan dijemur. Proses ini dilakukan untuk menjadikan ikan tahan lama jika disimpan. Ikan masin dijadikan lauk dalam hidangan atau lauk pembuka selera.

BUDAYAProses/Tindak Balas
OTAK-OTAK

OTAK-OTAK, sejenis lauk yang dibuat daripada isi ikan atau udang yang dicampur dengan kelapa, rempah-rempah dan herba, dibungkus dalam daun kelapa dan dipanggang. Ada dua cara membuat otak-otak. Di utara Semenanjung Malaysia, ketulan isi ikan seperti ikan tenggiri dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Ikan itu dicampur dengan santan, daun-daun herba, tempah dan kadang-kadang telur.

BUDAYAMakanan
GULAI

GULAI, lauk berkuah. Bahan utama gulai ialah daging, ikan air tawar atau ikan laut yang dimasak bersama-sama santan, dicampur rempah dan herba-herba lain. Di utara Semenanjung, gulai dikenal sebagai kari. Masakan ini berasaskan kari ala-India. Di tempat-tempat lain di Semenanjung,kari tidak termasuk dalam kategori gulai.

BUDAYAKonsep
UMBUT

UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau.  Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri.  Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah.  Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan.  Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.

BUDAYAMakanan
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan
MAKANAN GORENG

MAKANAN GORENG, makanan yang dimasak dengan menggunakan minyak. Ada dua cara menggoreng; menggoreng dengan minyak yang sedikit atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Menggoreng dengan minyak sedikit disebut tumis. Makanan yang dimasak begini antaranya ialah sayur-sayuran, sambal dan lauk-pauk.

BUDAYAMakanan
KUZI

KUZI, makanan yang bahan utamanya ialah ayam atau kambing. Kuzi mempunyai pengaruh Arab dan popular di Johor, Kelantan dan utara Semenanjung. Kuzi kerap disajikan sebagai hidangan pengantin atau dijadikan lauk hantaran pengantin perempuan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas