Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau/] | لاءوق

Definisi : 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam­-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata di­perkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang­-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau/] | لاءوق

Definisi : (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lauk (kata nama)

Puisi
 

Apa lauk nasi kurendang,
     Putik petola dari Patani;
Apa ubat hatiku terkenang,
     Gesek biola tariklah menyanyi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bantak Ib, MSrsejenis ikan air tawar yang bergarisan lintang (warna merah kehitaman) di tengah badannya. Boleh dibuat lauk.Pak Ngah mengangkat pukat. Dipungutnya ikan bantak dan seekor ikan buin yang melekat.Hati -15 Cerpen dari Bumi KenyalangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampap MSbsejenis masakan ikan yang dimasak sehingga kering dan boleh disimpan lama.Lauknya sudah makcik masakkan. Lauk ikan ampap dan.... ayuh Mediha, ayuh kita bersama-sama, Mediha...”Lintasan CintaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
uki Ibtauhu yang telah dikeringkan, fucuk.Suruh Bedi goreng dengan kacang panjang campur kicap. Kuahnya ayam tadi bercampur uki. Cukuplah lauk begitu. Kita tak mampu. Duit seratus itu, entah cukup atau tidak. Babi kita dah dikorbankan empat bulan yang lalu.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juak Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong.Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
adong Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk.Simpungga tidak mahu tinggal di situ lagi dan pindah ke Nanga Nyelenga Pun Takang. Apai Separang Nyiong bertengkar dengan Tutong kerana berebut tanduk ikan adong iaitu raja ikan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas