Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. | Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi lauk lagi nasi. | Makin kaya, makin banyak sahabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang lauk tengah halat. | Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi lauk kepada orang membantai. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. | Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebusuk-busuk lauk, kalau dibasuh enak juga. | Sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham. | Kalau tak ada yang baik, yang kurang baik pun dipakai juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi tongkat lagi senjata. | Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembangkan ketiak amis. | Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuang garam ke laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |