Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau/] | لاءوق

Definisi : 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam­-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata di­perkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang­-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau/] | لاءوق

Definisi : (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lauk (kata nama)

Puisi
 

Apa lauk nasi kurendang,
     Putik petola dari Patani;
Apa ubat hatiku terkenang,
     Gesek biola tariklah menyanyi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
food cupboardalmari laukPentadbiran PerniagaanTiadaAlmari untuk menyimpan lauk-pauk.
Muslim kitchenbahagian masakan MelayuPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian yang menyediakan hidangan masakan Melayu daripada lauk-pauk hinggalah ke desert.
cookeryilmu masakan; masakan; masak-memasakPentadbiran PerniagaanTiada1. Ilmu masakan: Seni, sains, proses atau latihan memasak.,2. Masakan: Sesuatu yang dimasak seperti kuih-muih dan lauk-pauk.
high teaminum lewat petangPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan makanan berat yang dinikmati di antara pukul 3.30 hingga 6.00 petang seperti mi rebus, nasi goreng dan aneka lauk-pauk selain kuih-muih.
high teaminum lewat petangPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan makanan berat yang dinikmati di antara pukul 3.30 hingga 6.00 petang seperti mi rebus, nasi goreng dan aneka lauk-pauk selain kuih-muih.
cupcawan; lengkung; mangkuk; piala (P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain.
operant conditioningpelaziman operanPsikologiPsikologi UmumPelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan.

Kembali ke atas