Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continental islandpulau benuaGeografiTiadaPulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka.
continental islandpulau benuaGeologiTiadaPulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka.
longitudinal coastpinggir laut longitud; tepi laut longitud; pinggir laut membujurGeografiTiadaPinggir laut yang terletak selari dengan sifat topografi dan struktur geologi kawasan.
BalkanizationpembalkananSains PolitikTiadaPenyatuan dan pengembalian identiti negara-negara di semenanjung Eropah Tenggara yang dikelilingi oleh Laut Adriatik, Laut Aegean dan Laut Hitam.
coastal lowlandtanah rendah pinggir lautGeografiTiadaKawasan rendah yang melandai ke laut meminggiri laut atau lautan.
sea penpen laut/pena lautPerikananTiadaTiada
abyssal zonezon abisGeologiTiadaZon kehidupan laut di laut dalam yang meliputi air dan dasar pada kedalaman kurang daripada 6000 kaki.
sea cavegua lautGeologiTiadaRongga atau rekah yang biasanya terdapat pada aras laut, di dasar cenuram laut, dan terbentuk oleh tindakan gelombang pada bahagian batuan terluluhawa yang lemah.
forelandtanjung; daratan depanGeografiTiadaSebuah unjuran daratan daripada pinggir laut ke laut.
forelandtanjung; daratan depanGeologiTiadaSebuah unjuran daratan daripada pinggir laut ke laut.
12345678910...

Kembali ke atas