equatorial current | arus khatulistiwa | Geografi | Tiada | Arus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa. |
ocean ridge | permatang lautan | Sains Marin | Tiada | Permatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan. |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |
ocean hemisphere | hemisfera lautan | Geografi | Tiada | Bahagian bumi sebagai sebuah sfera yang dilitupi oleh lautan, misalnya Lautan Pasifik Utara. |
blue ocean strategy | strategi lautan biru | Pengurusan | Perancangan | Suatu strategi persaingan unik yang menekankan cara sesebuah organisasi boleh berjaya dengan mewujudkan pasaran baharu yang tiada persaingan (lautan biru). Strategi lautan biru juga bertujuan mengelakkan situasi persaingan sengit (lautan merah) dalam pasaran yang terhad. Pendekatan strategi lautan biru boleh dilakukan dengan merangsang permintaan baharu dan suatu nilai tambah yang berbeza daripada perspektif pelanggan. Contoh strategi lautan biru yang berjaya ialah pendekatan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah dan perkhidmatan yang selesa bagi memperluaskan pasaran pelanggannya. |
oceanic ridge | permatang lautan | Geologi | Tiada | Banjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km. |
ocean basin | lembangan lautan | Perikanan | Tiada | Kawasan dasar laut di antara pinggir benua. Lembangan lautan terbentuk daripada pemendapan enapan dan kebanyakannya rata. Kedalaman kawasan ini adalah antara 4000 m hingga 6000 m. Di sesetengah kawasan, lembangan lautan membentuk bukit Abisal, bukit lautan dan pulau. Contoh pulau yang terbentuk daripada lembangan lautan ialah kepulauan Hawai. |
radiolarian deposite | longgokan radiolaria | Geografi | Tiada | Mendapan organisma protozoa yang digelar radiolaria di dasar lautan dalam terutamanya di kawasan tengah Lautan Pasifik dan Tenggara Lautan Indian. |
ocean floor | dasar lautan | Sains Marin | Tiada | Kawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber. |
metallic bond | ikatan logam | Kimia | Tiada | Ikatan yang terbentuk di dalam hablur logam apabila ion positif logam tersusun dalam bentuk kekisi di dalam lautan elektron yang bebas. lautan elektron tersebut membendung ion-ion positif. Elektron ini bebas bergerak di dalam hablur tersebutdi bawah pengaruh beza keupayaan yang dikenakan. Ikatan logam ini boleh menentukan kekerasan, ketumpatan atau ketinggian takat lebut sesuatu logam. Lebih banyak elektron bagi setiap atom logam yang membentuk lautan elektron, lebih keras dan lebih tumpat struktur sesuatu logam itu. Misalnya, logam alkali adalah lembut dan berketumpatan rendah kerana setiap atomnya hanya memberikan satu elektron untuk lautan elektronya. Ikatan logam |