Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wa] | لاوا

Definisi : cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak: bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya; melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak, meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja, dia ~; melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa] | لاوا

Definisi : ark galang atau palang (pd perahu dll); melawa ark menggalang atau merintang pengantin laki-laki ketika hendak ke rumah pengantin perempuan (hingga dibayar wang adat); pelawa penggalang, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa] | لاوا

Definisi : Sr sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa] | لاوا

Definisi : menarik hati (bkn orang, perhiasan dll); cantik; bergaya: Orangnya ~ serta peramah pula. melawa memakai sesuatu atau bersolek supaya lawa: Dia bukan bekerja tetapi ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.wa] | لاوا

Definisi : ; melawa mengundang atau mengajak; mempelawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawa
Rujuk :cantik

Puisi
 

Gajah kecil mati terkepung,
     Mari diikat dengan akar serawa;
Gigi lentik bagai berladung,
     Abang juga orang yang lawa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gang planklawaSukanTiadaTiada
gang boardlawaPerikananTiadaTiada
gang planklawaPerikananTiadaTiada
bedoyobedoyoMuzikTiada

 Tarian istana yang wujud dari Jawa Tengah pada abad ke 16. Bedoyo ditarikan oleh sembilan orang penari wanita yang diiringi oleh gamelan lawa. Tarian ini dipersembahkan semasa upacara pertabalan, hari keputeraan dan majlis perkahwinan di istana.


Kembali ke atas