Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lawak
Rujuk :lucu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
satyr playdrama satirKesusasteraanTiadaDrama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira.
antilithicantikarangHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kalkulus seperti batu karang. Contohnya, ekstrak rizom temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) yang bersifat antikarang.
antiinflammatoryantiradangHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah atau mengurangkan tanda keradangan yang tertentu seperti kesakitan atau bengkak. Contohnya, ekstrak rizom temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) yang bersifat antiradang.
standard limitshad piawaiHerbaTiadaSatu angka atau julat angka yang menetapkan had bagi penentuan atau penilaian kualiti sesuatu bahan herba secara kuantitatif. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai bagi kandungan minyak pati bagi temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) adalah tidak kurang daripada 50 ml/kg.
rheumatismreumatismeHerbaPemiawaianGangguan yang melibatkan kesakitan pada otot, sendi, tendon atau tulang. Reumatisme biasanya berkaitan dengan penyakit seperti artritis reumatoid, demam reumatik dan gout. Contoh herba yang dapat merawat reumatisme ialah ekstrak belinjau (Gnetum gnemon) dan temu lawak (Curcuma xanthorrhiza).
rhizomerizomHerbaTiadaBatang berisi yang tumbuh secara mendatar di dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Rizom utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, rizom kunyit, rizom halia, rizom lengkuas dan rizom temu lawak.
interludeselinganKesusasteraanTiadaPencelahan singkat dalam sesuatu karya atau persembahan. Tujuan selingan adalah untuk meredakan ketegangan penonton. Contohnya, persembahan singkat antara babak sesuatu drama yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk farsa, lakon moraliti, atau lakon sejarah. Dalam puisi, pencelahan boleh berlaku antara bahagian, rangkap, atau baris dalam puisi tersebut. Dalam persembahan bangsawan, contoh selingan ialah nyanyian, tarian, muzik dan lawak jenaka.
comedykomediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengisahkan situasi lucu tentang kelemahan manusia dan kepincangan masyarakat. Komedi merupakan salah satu daripada tiga bentuk drama, selain drama tragedi dan melodrama. Bahan komedi dibahagikan kepada komedi tinggi dan komedi rendah. Komedi tinggi mengutamakan tema yang memerlukan pemikiran dan melahirkan renungan dalam ketawa. Komedi rendah pula bertujuan mencetuskan gelak ketawa melalui jenaka kasar tentang masyarakat bawahan. Jenis komedi yang lain ialah komedi idea (menegaskan idea) komedi intrigue (memperihalkan kesulitan), dan komedi moral (menegaskan perkara akhlak). Contoh drama komedi ialah Raja Lawak oleh Zakaria Ariffin. Lihat juga komedi baru, komedi lama, komedi muzikal, komedi pahit, komedi romantik, komedi satira, komedi sentimental.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.

Kembali ke atas