Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wan] | لاون

Definisi : 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perem­puan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya ber­bicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya ber­kelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlaga­kan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, ke­sanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wan] | لاون

Definisi : 1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Serampang laut nama lagunya,
     Lawan menyanyi berganti-ganti;
Kemaskan kemudi dengan sempurna,
     Tak karam diharung sampai ke tepi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah lawan bagi perkataan "lazat"? dalam kamus dewan edisi baharu tidak dinyatakan lawan kata tersebut..cuma banyak makna sahaja di sebutKamus mengandungi keterangan makna perkataan dan kata terbitan daripada kata dasar. Tidak semua aspek bahasa atau tatabahasa ada dalam kamus termasuklah kata lawan dan tidak semua kata ada kata lawan seperti tidur lawan jaga dan manis lawan masam. Tidak ada satu perkataan yang tepat yang boleh menjadi lawan kata lazat.  Tatabahasa27.07.2011
Lawan web DBP tidak boleh diakses http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.phpMaklumat tuan telah kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain15.12.2014
Salam.Saya memerlukan jawapan untuk persoalan kata lawan. Adakah perkataan "tolong" mempunyai kata lawan? Harap mendapat respon daripada pihak DBPTidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Untuk makluman saudara tidak semua perkataan mempunyai kata lawan.Tatabahasa21.07.2011
Ct'fieza Mahadzir Oct 22nd, 6:08pm Assalamualaikum.. Saya nak tanya kata lawan bagi Manis. Jawapannya Masam atau Tawar?Kata lawan bagi "manis" ialah "masam". Walau bagaimanapun kata "tawar" juga boleh menjadi lawan bagi kata "manis", jika sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa22.10.2014
kata lawan

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
kata lawan teoriKata yang berlawanan dengan teori ialah praktikal. Praktikal bermaksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal.Makna03.05.2007
apakah kata lawan bagi tegas?

Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya.  

Istilah14.02.2010
Apakah lawan kata bagi 'labuh'?Kata lawan bagi labuh ialah singkat.Tatabahasa28.06.2011
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap'Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut.Tatabahasa19.08.2010
Apa kata lawan bagi perkataan 'fitrah' (tabiat, sifat semulajadi). Sekian, terima kasih.Fitrah bermaksud tabii, iaitu mengikut sifat (keadaan, pem­bawaan dll) yang asli atau yang semula jadi. Dalam sumber rujukan kami tidak ada satu perkataan khusus yang menjadi kata lawan bagi kata fitrah, kata lawan yang berdekatan dengan maksud fitrah ialah sifat yang terhasil melalui rekaan, ciptaan, lakonan dan sebagainya.Tatabahasa08.12.2010
12345678910

Kembali ke atas