Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Berapa orangkah murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 2. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 3. Berapa orang muridkah yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? Ayat manakah yang betul? Terima kasihAyat tanya yang anda kemukakan ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya yang betul ialah ayat (i) Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? (ii) Berapa orang  orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka?Tatabahasa05.04.2017
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Tatabahasa25.08.2019
Lawatan sambil belajar tergolong sebagai frasa yang mengandungi kata majmuk atau sebaliknya? Contoh: Saya mengikuti lawatan sambil belajar di Pulau Pinang. Apakah ayat di atas tergolong sebagai ayat majmuk?Saya mengikuti lawatan sambil belajar di Pulau Pinang. Ayat tunggal, saya (subjek - kata nama), mengikuti lawatan sambal belajar (predikat - frasa kerja), di Pulau Pinang (keterangan predikat).Tatabahasa11.01.2019
Apakah perkataan yang sesuai untuk “excursion”? Bolehkah perkataan dan frasa berikut digunakan untuk perkataan “excursion”? 1) lawatan sambil belajar ke... 2) berdarmawisataCadangan jawapan yang sesuai bagi perkataan excursion berdasarkan jawapan yang diberikan ialah lawatan sambil belajar.Istilah08.05.2021
Salam tuan di talian, Ayat manakah yang tepat bagi Ayat Contoh di bawah. 1. Proses pembelajaran menjadi lebih menarik apabila murid-murid mengikuti aktitiviti lawatan sambil belajar. Atau 2. Proses pengajaran menjadi lebih menarik apabila murid-murid mengikuti aktitiviti lawatan sambil belajar. Sekian terima kasih.Dari aspek tatabahasa, kedua-dua ayat adalah betul. Perkataan "pembelajaran" merujuk kepada proses pembelajaran murid-murid, manakala perkataan "pengajaran" merujuk kepada proses pengajaran oleh guru. Oleh itu, bergantung pada konteks ayat  tersebut, sama ada merujuk kepada murid-murid atau merujuk kepada guru. Walau bagaimanapun, kami berpendapat ayat ini merujuk kepada proses pembelajaran murid, iaitu ayat nombor 1.Tatabahasa16.05.2012
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan.

Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir.

Tatabahasa10.10.2011
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin.

Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut.

Tatabahasa06.10.2011
1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal?
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa14.05.2020
Assalammualaikum/Salam Sejahtera . Saya Azlan Bin Shamsudin , guru di SK Inderapura Jerantut Pahang ingin mengemukakan pertanyaan tentang prosedur lawatan sekolah rendah ke DBP.Pihak kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke DBP pada bulan Oktober 2015 . Sehubungan dengan itu , saya ingin mendapatkan penerangan serba sedikit tentang prosedur dan perkara-perkara yang perlu diikuti semasa lawatan.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain26.08.2015

Kembali ke atas