Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yan] | لاين

Definisi : ; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), meng­hidangkan, menyajikan; 2. menurutkan ke­mahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yan] | لاين

Definisi : ; melayan 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri ialah mesin yang

mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila

duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke

dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai

jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi,

aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin

layan diri boleh digunakan 24 jam sehari.

UMUM 
MESIN SLOT

Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit

syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling

itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin.

Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri

menjual pelbagai barangan termasuk makanan

seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah

mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh

panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan

muzik pada piring hitam.

UMUM 

Kembali ke atas