Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yan] | لاين

Definisi : ; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), meng­hidangkan, menyajikan; 2. menurutkan ke­mahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yan] | لاين

Definisi : ; melayan 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau kelajuan motor. Sinonim field regulator. (KEJ) field velocity (halaju medan) Lihat effective velocity. (HID) FIFO queue (baris gilir FIFO) Baris gilir yang susunan penyimpanannya membolehkan data yang awal di - layan awal, manakala data yang masuk kemudian ke dalam baris gilir dilayan kemudian. (KOM) FIFO stack register (daftar tindakan FIFO) Daftar tindan yang kandungan datanya yang ditindan, lebih dahulu akan di

Kembali ke atas