Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : sj burung; ~ berjambul, Hemiprocne coronata; ~ besar ekor jarum, Hirundapus giganteus; ~ gua tongkeng, Hirundo daurica; ~ kecil, Rhaphidura leucopygiasis; ~ rengkung putih, Hirundapus caudacutus; ~ rumah, Apus affinis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : ; ikan ~ sj ikan yg boleh melayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAYANG-LAYANG BERJAMBUL UMUM 
LAYANG-LAYANG UMUM 
MARTIN

Martin ialah nama beberapa jenis burung

daripada famili burung layang-layang. Kebanyakan

burung martin berukuran 15 sentimeter panjang.

UMUM 
SUP SARANG BURUNG

Sup sarang burung ialah makanan orang Cina

yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada

sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia

Tenggara yang tergolong dalam famili burung

layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan

dengan air liur yang telah keras daripada burung

swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini

menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup

kelihatan menarik. Rasa sup datangnya

terutamanya daripada jenis air rebusan sarang

burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung

yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air

rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan

ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik

dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup

sarang burung termasuk sup masin yang dihidang

sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut

yang manis yang dibuat dengan tembikai.

UMUM 
TAYLOR, G.A.

Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan

juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh

ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan

penerbangan pertama di Australia. Dia membuat

penerbangan tersebut pada tahun 1909 di

Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara

peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an,

dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip

penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula

membina serangkaian layang-layang kotak. Pada

tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League

dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan

Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun

1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio

dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api

lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney.

UMUM 
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas