Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : sj burung; ~ berjambul, Hemiprocne coronata; ~ besar ekor jarum, Hirundapus giganteus; ~ gua tongkeng, Hirundo daurica; ~ kecil, Rhaphidura leucopygiasis; ~ rengkung putih, Hirundapus caudacutus; ~ rumah, Apus affinis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : ; ikan ~ sj ikan yg boleh melayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yang.la.yang] | لايڠ٢

Definisi : 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
layang-layanglayang-layangKesenianTiada1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan betali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta boleh diterbangkan dengan bantuan angin.
life kitelayang-layang keselamatanKejuruteraanTiadaTiada
Bartholomew's kite projectionunjuran layang-layang BartholomewGeografiTiadaTiada
kelarai tinintuaian(Mur.)kelarai tinintuaian(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur haiwan berbentuk burung layang-layang.
kite buggybugi lelayangSukanTiadaKenderaan yang dibina dengan tujuan khas yang dikawal oleh layang-layang kuasa. Kenderaan ini mempunyai tempat duduk dan satu roda depan yang boleh digerakkan dan dua roda tetap di bahagian belakang.
daun sirihdaun sirihKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun sirih. lazimnya diukir pada layang-layang bumbung rumah.
lelayanglelayangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parishia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sepul, di Sabah ialah layang-layang, dan di Sarawak ialah upi. Tiga spesies utama kayu ini ialah Parishia insignis. P. maingayi, dan P. paucijuga. Gubal kayu lelayang berwarna merah muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat. Kayu lelayang agak sukar dikerjakan, tidak berapa tahan, mudah diserang kumbang bubuk, tetapi mempunyai sifat pengeringan yang baik. kayu ini sesuai yuntuk kerja binaan ringan, lantai, alas angkut dan papan lapis.
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.
tailskot bajangKesenianTiadaKot rasmi malam, berlapel bucu runcing yang ditrimkan fabrik satin atau grosgrain. Bahagian hadapannya paras pinggang dan belakangnya pula labuh meruncing ke paras paha yang menyerupai ekor burung layang-layang.
tail coatkot bajangKesenianTiadaKot rasmi malam, berlapel bucu runcing yang ditrimkan fabrik satin atau grosgrain. Bahagian hadapannya paras pinggang dan belakangnya pula labuh meruncing ke paras paha yang menyerupai ekor burung layang-layang.
12345678910

Kembali ke atas