Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yu] | لايو

Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yu] | لايو

Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layu (adjektif)
Bersinonim dengan lisut, kering, kecut;,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disease namenama penyakitBiologiPatologiNama yang diberikan dan digunakan untuk sesuatu penyakit. Biasanya nama ini diberikan berdasarkan gejala atau gabungannya dengan nama perumah (atau organ) yang terserang dan nama penyebabnya. Beberapa contoh nama penyakit ialah layu, layu vaskular, busuk buah dan luruh daun Phytophthora.
Granville wiltlayu GranvilleBiologiPatologiLayu tembakau yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum. Penyakit ini tidak menyebabkan layu vaskular, tetapi menyerang korteks akar dan batang hingga menyebabkan tanaman tersebut layu sebahagian, dan akhirnya secara menyeluruh.
wiltlayuBiologiPatologi1. Gejala akhir kebanyakan jenis penyakit, kerana selnya kehilangan kesegaran dan menjadi flasid. bd. epinasti. 2. Nama penyakit yang menunjukkan gejala layu seperti (1) di atas, lih. trakeomikosis, layu vaskular, mikosis vaskular.
vascular wiltlayu vaskularBiologiPatologiLayu yang disebabkan oleh gangguan patogen pada tisu vaskular. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh beberapa spesies kulat Verticillium, Fusarium dan bakteria.
PathogenPatogenPertanianTiadaOrganisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus –TMV), kulat Coletotrichum gloeosporioides yang menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka.
wilting pointtitik layuPertanianTiadaKandungan maksimum air tanah, apabila tumbuhan penunjuk menjadi layu dan gagal, tumbuh kembali apabila diletakkan di dalam kebuk lembap.
permanent wilting pointtitik layu kekalPertanianTiada2. Kandungan maksimum air tanah apabila tumbuhan penunjuk menjadi layu dan gagal tumbuh kembali apabila diletakkan di dalam kebuk lembap.
pathogenpatogenHerbaBotani dan BioteknologiOrganisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya, virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus (TMV)) dan kulat Coletotrichum gloeosporioides menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka.
enjambementsambung barisKesusasteraanPuisiGaya bahasa atau gaya pengucapan puisi yang mematahkan atau memutuskan baris-baris puisi dan disambungkan pada baris berikutnya. Sifat gaya bahasa demikian biasanya menggunakan tanda noktah di tengah baris dan barisnya tidak tengkap maknanya. Contohnya, petikan dari puisi "Bunga Bulan" karya Suhaimi Haji Muhammad. Ini sekalung bunga untukmu. Bukalah matamu tundukkan lehermu kau takkan layu-layu. Manusia di bawah batu kami usap lukamu tapi cemburu dan seruan kini buat kami. Tidak untukmu.
fusicoccumfusikokumBiologiPatologiFitotoksin perumah khusus yang menyebabkan gejala layu. Bahan ini dihasilkan oleh kulat Fusicoccum amygdali yang menyebabkan penyakit layu pada pokok almon dan pic.
12345678

Kembali ke atas