Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.zat] | لاذت

Definisi : 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di majlis itu; 2. seronok; berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; melazatkan menjadikan sesuatu lazat, me­nyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; pelazat bahan yg melazatkan makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zat] | لاذت

Definisi : Mn ark teruk atau berat (penyakit), lasat, payah; penyakit ~ a) penyakit yg berat (teruk); b) penyakit raja singa (sifilis dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zat] | لاذت

Definisi : dpt memberi nikmat; sedap sekali; enak: makanan yg ~. melazatkan menambahkan perasa, bahan dsb (ke dlm makanan, minuman) supaya lazat; mengenakkan: Ani memasukkan perencah utk ~ masakannya. kelazatan keadaan lazat; keenakan; kenikmatan; kesedapan. pelazatan perbuatan atau hal melazatkan. pelazat bahan yg melazatkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lazat
1. Bersinonim dengan enak: lazat, sedap, nikmat, berasa, berperisa,

2. Bersinonim dengan senang hati: puas hati, sedap hati, seronok,

Kata Terbitan : berlazat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENTEGA

Mentega ialah bahan makanan yang lazat disapu

pada roti. Mentega juga digunakan untuk

menggoreng makanan dan sebagai bahan dalam

makanan yang dibakar. Mentega terdiri daripada

lemak mentega, sejenis lemak yang berasal

daripada susu dan krim.

UMUM 
KEJU

Keju ialah makanan yang lazat dan berkhasiat

yang dibuat daripada susu. Selama beribu-ribu

tahun, keju menjadi satu daripada makanan utama

manusia di seluruh dunia. Keju boleh dimakan

begitu sahaja atau dimakan dengan biskut,

sandwic, salad, atau dimasak dengan makanan

lain.

UMUM 
SIRAP MAPEL

Sirap mapel ialah cecair manis, pekat yang

didapati daripada sap pokok mapel tertentu.

Pokok gula Amerika Utara adalah sumber utama

keluaran makanan yang lazat ini.

UMUM 

Kembali ke atas