Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lead


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda.Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat lead">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2019
Salam, Tuan, Adakah terjemahan bagi "Lead Scientist" adalah "Saintis Utama"? Terima kasih.Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu bagi istilah lead scientist tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ahli sains utama bagi padanan bahasa Melayu perkataan scientist lead.Istilah19.11.2013
Apakah terjemahan tepat untuk tema berikut : Evolving to Lead terjemahan : 1. Evolusi untuk Menerajui 2. Berkembang untuk Menerajui 3. Berubah untuk Menerajui Terima kasihKami berpandangan cadangan terjemahn yang sesuai ialah "Berkembang untuk Menerajui", walau bagaimanpun perlu disemak semula dengan maksud keseluruhan konteks yang dibincangkan.Sastera14.04.2015
Apakah peribahasa Melayu yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa bahasa Inggeris "you can lead a horse to water but you can't make it drink"?Tidak ada maklumat yang berkaitan ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain28.12.2015
Saya ingin tahu terjemah yang sesuai utk perkataan educator motivator. Contoh ayat: she work as educator motivation, and lead multiple joint venture programs involving government sector. Terima kasih.Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “educator motivator” ialah “pakar motivasi pendidik”Istilah03.02.2021
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health.

Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’.

Istilah26.01.2015
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan "leads pencil" dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan bagi  lead pencil ialah pensil grafit.Penyemakan dan penterjemahan10.02.2017
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - "A user interface that presents a dialogue box to lead the user through a sequence of small steps" Bolehkah perkataan "Wizard" diterjemahkan sebagai "kotak bestari?"Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. Istilah04.11.2022
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - lead the user through a sequence of small steps.> Bolehkah diterjemahkan sebagai "kotak bestari?"

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Makna04.11.2022
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai bagi perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat di mana "Wizard" merujuk kepada :- lead the user through a sequence of small steps>Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. Makna04.11.2022
12

Kembali ke atas