Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bah] | لبه

Definisi : serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air (manisan) ~ air madu; ~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~, mulut bawa madu, pantat bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b) perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bah] | لبه

Definisi : nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, Apis indica: madu (manisan) ~ air madu. ~ bergantung a. sj ukiran pd jerubung perahu. b. bentuk dagu yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebah

Puisi
 

Sarang lebah nampak tergantung,
     Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
     Jangan diagah rimau menyangkung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apicultureapikulturPertanianAgroteknologiAktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak.
pollen trapperangkap debungaPertanianAgronomi

Perangkap yang dipasang pada pintu masuk kotak lebah untuk mendapatkan  debunga. Lebah-lebah yang membawa pulang debunga diasuh untuk memasuki lubang yang diperbuat daripada wayar halus untuk memisahkan debunga daripada badan lebah. Debunga yang terpisah dikumpulkan di dalam bekas yang disediakan. Perangkap debunga hanya dipasang semasa musim berbunga.

bee lousekutu lebahBiologiEntomologiSerangga halus tanpa sayap yang menyerang sarang lebah dan badan lebah. Walaupun serangga ini menyerupai kutu, tetapi sebenarnya merupakan serangga Diptera. Larva serangga ini hidup di dalam sarang lebah dalam bilangan yang besar, mengorek lubang ke dalam sarang lebah, dan memakan debunga dan madu.
homeless bee/cuckoo beelebah gelandanganBiologiEntomologiLebah dalam famili Nomadidae yang menyerupai penyengat. Lebah ini mempunyai abdomen berjalur hitam dan kuning, tidak mempunyai raga debunga pada kakinya, dan tidak menghasilkan atau menyimpan madu. Telurnya diletakkan di dalam sarang lebah pelombong di dalam tanah. Larvanya pula memakan makanan yang disimpan oleh perumah dan akhirnya mungkin juga memakan telur dan larva perumah.
honey beelebah maduBiologiEntomologiLebah akuleat yang kebanyakan spesiesnya hidup bersama-sama. Lebah ini biasanya dipelihara untuk pengeluaran madu.
apiphobiaapifobiaPerubatanTiadaTakut terhadap lebah atau takut disengat lebah.
bumble beelebah bumbleBiologiEntomologiLebah dalam famili Bombycidae yang berbadan besar, berbulu, dan berwarna hitam atau perang dengan tanda kuning, jingga, atau putih. Lebah ini membuat sarang di dalam tanah atau di dalam pokok.
dronedronBiologiEntomologiLebah jantan yang berkembang secara parthenogenesis daripada telur yang tidak disenyawakan. Lebah ini lebih besar matanya, saiznya, kepalanya daripada lebah pekerja.
bee hawk-mothkupu-kupu helang lebahBiologiEntomologiKupu-kupu dalam genus Hemaris, yang mempunyai sayap lut sinar dan menyerupai lebah kayu. Serangga ini terbang pada waktu siang, biasanya mengikut lebah dan mengambil nektar dari bunga yang sama.
honeycomb structurestruktur sarang lebah/struktur indung maduAeroangkasaTiadaStruktur pesawat udara berketumpatan rendah yang dibentuk mengikut sarang lebah untuk mengurangkan berat.,Sayap yang dipasang pada bahagian tengah fiuslaj.,Struktur pesawat udara berketumpatan rendah yang dibentuk mengikut sarang lebah untuk mengurangkan berat.
12345678910...

Kembali ke atas