Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bai] | لباي

Definisi : 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg bersangkutan dgn agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang utk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup mereka yg ~ dan tidak moden itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : nama daun (dlm permainan ceki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : sj ikan laut, Upeneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : gelaran bagi orang yg mengetahui hal-hal agama atau orang yg taat kpd agama. ~ malang orang yg selalu ditimpa malang. ~ pulut orang yg kelihatan alim dan sedikit saja ilmunya tetapi suka menerima jemputan kenduri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebai

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lagi lebai lagi berjanggut.

Bermaksud :

Berilmu dan berbudi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
losern 1. defeated person, orang yg kalah: the ~ received the consolation prize, orang yg kalah itu menerima hadiah sagu hati; bad ~, (orang yg) /sentiasa hendak menang, tdk boleh menerima kekalahan/; good ~, (orang yg) dapat menerima kekalahan; 2. (derog) a failure, a. (person), (orang yg) selalu /gagal, malang/: he’s a real ~, betul-betullah dia orang yg selalu gagal; b. (st), (sst yg) tdk boleh berjaya: that business of yours is a ~, perniagaan kamu itu tdk boleh berjaya; born ~, lebai malang; 3. person who will be in a worse position, (orang yg) rugi: you’ll be the ~ if he leaves, kamu akan rugi jika dia berhenti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas