Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bai] | لباي

Definisi : 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg bersangkutan dgn agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang utk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup mereka yg ~ dan tidak moden itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : nama daun (dlm permainan ceki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : sj ikan laut, Upeneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : gelaran bagi orang yg mengetahui hal-hal agama atau orang yg taat kpd agama. ~ malang orang yg selalu ditimpa malang. ~ pulut orang yg kelihatan alim dan sedikit saja ilmunya tetapi suka menerima jemputan kenduri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebai

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lagi lebai lagi berjanggut.

Bermaksud :

Berilmu dan berbudi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lebai Malang 1 October 1971  
Lebai Mohammad YaakobDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Si Lebai malangBadan Penerbitan G. Kolff & Co.Tiada[t.thn.] 
Klasik Malaysia : Lebai Malang - siri cerita jenakaEdusystem Sdn BhdTiada2001967-906-274-0
Senjata Tok Haji dan Tok Lebai Tiada1960 
Cherita Pa'Pandir dan cherita Lebai MalangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1963 
Cherita Pa Pandir dan cherita Lebai MalangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1963 
Cherita jenaka iaitu Pa Kadok, Pa Pandir, Lebai Malang, Pa Belalang, Si-LunchaiMalaya Publishing House Ltd.Tiada1947 
Cherita jenaka iaitu Pa Kadok, Pa Pandir, Lebai Malang, Pa Belalang, Si-LunchaiMalaysia Publishing HouseTiada1941 
Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-LunchaiPenerbit Fajar BaktiTiada1970 

Kembali ke atas