Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bai] | لباي

Definisi : 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg bersangkutan dgn agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang utk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup mereka yg ~ dan tidak moden itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : nama daun (dlm permainan ceki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : sj ikan laut, Upeneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : gelaran bagi orang yg mengetahui hal-hal agama atau orang yg taat kpd agama. ~ malang orang yg selalu ditimpa malang. ~ pulut orang yg kelihatan alim dan sedikit saja ilmunya tetapi suka menerima jemputan kenduri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebai

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lagi lebai lagi berjanggut.

Bermaksud :

Berilmu dan berbudi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEBAI MALANG

LEBAI MALANG, cerita yang tergolong dalam cerita jenaka. Di Barat, cerita ini dikenal sebagai jest, humorous anecdotes, merry tale atau schwank (Jerman). Dalam kategori Winstedt, cerita ini digelar sebagai farcical tale iaitu cerita yang memperbesar dan melebih-lebihkan fiil dan sifat seseorang dengan tujuan untuk menimbulkan kelucuan dan sindiran. Cerita Lebai Malang dengan lebih khusus tergolong ke dalam cerita jenaka yang mempersendakan sifat tamak dan nasib malang seseorang.

SASTERAKarya
LEBAI

 LEBAI, gelaran yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada orang yang alim, pandai membaca doa dalam majlis kenduri, mengetahui dan patuh kepada ajaran Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
ABDUL WAHID OTHMANABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN

HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN (1923 – 1988), ulama. Dia lahir pada tahun 1923 di Kampung Gucil Lama, Kuala Krai , Kelantan. Dia dikenal dengan nama Haji Abdul Rahman Sungai Durian. Dia mendapat pendidikan Islam pada peringkat awal daripada ayahnya sendiri, Tuk Lebai Sulaiman. Pendidikan formalnya bermula di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai hingga tamat Darjah Tiga, iaitu darjah tertinggi di sekolah pada masa itu. Dia ditawarkan untuk masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC), tetapi ayahnya mahu dia meneruskan pelajarannya dalam bidang agama untuk menjadi seorang ulama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SIRAT AL-MUSTAQIM

SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri.  Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644.  Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu.  Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui.  Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680.  salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone.  Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102.  Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman.

SASTERAKarya

Kembali ke atas