Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bai] | لباي

Definisi : 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg bersangkutan dgn agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang utk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup mereka yg ~ dan tidak moden itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : nama daun (dlm permainan ceki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : sj ikan laut, Upeneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bai] | لباي

Definisi : gelaran bagi orang yg mengetahui hal-hal agama atau orang yg taat kpd agama. ~ malang orang yg selalu ditimpa malang. ~ pulut orang yg kelihatan alim dan sedikit saja ilmunya tetapi suka menerima jemputan kenduri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebai

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lagi lebai lagi berjanggut.

Bermaksud :

Berilmu dan berbudi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Waktu duduk menanti gulai, Banyaklah nasi ditanaknya; Waktu beruk menjadi lebai, Banyaklah bini ditalaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Waktu menteri berdagang tapai. Semua pengikut menyiapkan piring; Pilulah hati memandang lebai. Kerana berjanggut dikejar kambing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung membeli petai, Baunya wangi di mulut orang; Sungguh beruntung menjadi lebai, Ke mana pergi perutnya kenyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pulau Rupat berteluk landai, Desanya kecil pasir pun rata; Risaulah umat menengok lebai, Berdoa sambil bermain mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas