Apakah maksud kata ganda lebar-lebar? | Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. | Makna | 23.04.2023 |
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih. | 1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji. bertatasusila ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan. tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik; nahu; bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan. 2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. Terima kasih. | Makna | 28.04.2023 |
perkataan jalur lebar talian tetap (fixed broadband) dan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) adalah kata nama khas atau kata nama am? | Perkataan "jalur lebar talian tetap" dan "jalur lebar mudah alih" merupakan kata nama am. | Lain-lain | 12.04.2022 |
Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99 | Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar? | Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar. | Lain-lain | 08.02.2011 |
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara. Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
JALUR LEBAR | Assalamualaikum Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sekian. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘apabila’ dan ‘bila’ dapat digunakan di permulaan ayat? Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar. | Ayat yang betul ialah Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah anda berpindah? | Tatabahasa | 23.10.2020 |
adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikan | Istilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.02.2011 |