Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris

Definisi : n 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legacy

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Andaikata SSM saya bernama P.Mamam Legacy, adakah saya boleh letakkan nama Port Mamam untuk restaurant saya? Adakah saya akan mendapat kelulusan drpd pihak DBP utk tujuan pelesenan? Terima kasihNama Port Mamam tidak boleh digunakan kerana tidak berdaftar dengan SSM/MyIPO dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Nama perniagaan untuk Papan Premis Kedai/Syarikat hendaklah menggunakan nama yang sama seperti didaftarkan dengan SSM/MyIPO, P.Mamam Legacy atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul.Lain-lain02.11.2021
assalamualaikum saya ingin tanya berkenaan kelulusan sah bahasa untuk papan iklan. saya ada syarikat PT MAMAM LEGACY. dan saya ingin meletakkan nama di sign board PORT M.A.M.A.M adakah diberikan kelulusan?
Berdasarkan Terma dan Syarat Pengesahan Bahasa Melayu dalam Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengesahkan kandungan bahasa yang digunakan dalam iklan (papan iklan luar, iklan tiang, iklan elektronik, papan premis perniagaan, kain rentang, gegantung, poster, badan kenderaan, notis makluman dan pelabelan). Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam iklan mestilah betul dan tepat dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa serta sopan dan tidak mempunyai konotasi buruk. Pengesahan ini termasuklah pada nama kedai atau jenama keutamaan, selain semakan keterangan utama perniagaan dan keterangan tambahan lain sekiranya ada.
  • Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua jenama keutamaan (nama kedai, nama produk dan lain-lain yang berkaitan) dalam iklan, sama ada secara sendiri atau bersama dengan bahasa-bahasa lain kecuali bagi jenama khas perniagaan seperti TOSHIBA, SAMSUNG dan lain-lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan port membawa maksud pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran yang digunakan dalam bidang komputer. Perkataan mamam pula tidak terakam dalam kamus. Oleh itu, nama kedai PORT MAMAM tidak dapat diluluskan oleh pihak DBP kerana tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Lain-lain09.11.2021

Kembali ke atas