Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gén.da] | ليݢيندا

Definisi : (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.gén.da] | ليݢيندا

Definisi : /légénda/ cerita (yg tidak dpt dipastikan benar tidaknya) yg bersangkutan dgn kisah-kisah bersejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
legenda
Rujuk :cerita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEGENDA UMUM 
PIED PIPER OF HAMELIN

Pied Piper of Hamelin ialah satu watak mitos

yang telah dimasyhurkan oleh Robert Browning

dalam sebuah puisi yang berasaskan satu legenda.

Menurut legenda tersebut, bandar Hamelin (kini

Hameln ) di Jerman telah dipenuhi dengan tikus.

UMUM 
DON JUAN

Don Juan ialah wira legenda yang termasyhur

dalam kesusasteraan. Legenda ini berasal dari

Eropah pada Zaman Pertengahan.

UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
TARQUINIUS

Tarquinius ialah nama bagi dua daripada tujuh

raja legenda Rom.

Lucius Tarquinius Priscus (memerintah dari

tahun 616 S.M. hingga tahun 578 S.M.), ialah raja

Rom yang kelima. Mengikut cerita legenda, Lucius

lahir di Etruria dan bukan daripada keturunan

diraja. Baginda datang ke Rom dan menjadi

sahabat baik kepada raja, Ancus Marcius, yang

kemudiannya telah melantik Lucius sebagai

penjaga kepada puteranya. Apabila raja mangkat,

Priscus telah dipilih untuk menggantikan raja.

UMUM 
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SIEGFRIED

Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan

Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang

muda, Siegfried memperoleh harta karun

Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung

yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga

membunuh seekor naga dan mandi dengan

darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau

bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di

bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu,

meninggalkan tanda yang tidak terlindung.

UMUM 
MEPHISTOPHELES

Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda

Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust.

Dalam buku The History of Johann Faust (1587)

yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual

rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran

untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama

24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal

daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak

menyukai cahaya atau mungkin juga daripada

perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel

(penipu).

UMUM 
ATLANTIS

Atlantis ialah sebuah benua legenda yang

dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan

Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula-

mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias

dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani,

Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang

pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya

menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah

menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam

letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan

benua itu pun tenggelam ke dasar lautan.

UMUM 
MAHSURI

Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau

Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal

abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya

dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung

Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah

tujuh keturunan’.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas