Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gi.ti.ma.si] | ليݢيتيماسي

Definisi : (légitimasi) 1. surat bukti yg me­ngesahkan keterangan dsb tentang seseorang; 2. pernyataan yg sah, kesahihan (berasaskan undang-undang), kesahan; melegitimasikan menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legitimasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah maksud bagi perkataan kelegitimasian? adakah kata dasarnya ialah legitimasi? 2. bolehkah imbuhan ke-...-an ditambahkan pada kata dasar tauhid?

1. Sila jelaskan perkataan bahasa Inggeris bagi kelegitimasian. Bagi legitimasi, ia merupakan kata dasar dan padanan bagi istilah bahasa Inggeris legitimacy. 

2. Imbuhan ke...an boleh digunakan bagi perkataan tauhid menjadi ketauhidan yang bermaksud yang berkaitan dengan tauhid.

Tatabahasa28.08.2009
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, 1. maaf. kenapa saya tak terima email jawapan atas soalan saya yang bertarikh 30/4/2018 yer? Tapi saya dah terima jawapan di laman dbp ini. Ada masalah dalam alamat email saya ke? Terima kasih 2. maaf tapi disebabkan ingat dbp takdapat soalan 30/4/2018 jadi saya buat soalan smlm. tak perlu lagi la jawap soalan semalam. cuma satu soalan di bawah ni tolong jawap yer. 3. Saya minat dalam memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. 4. Lanjutan daripada soalan bertarikh 30/4/2018. Soalan no 2. Saya tidak tanya maksud disebalik istilah tsbt. Namun mempersoalkan legitimasi penggunaan istilah tsbt walaupun tiada dalam kamus. Mengapa perkara berikut boleh berlaku? Mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah yang tidak wujud dn diiktiraf di dalam kamus dbp spt "inkuiri kurikulum"? 5. Spt istilah inkuiri kurikulum. Mengapa syot layar belum dikamuskan tetapi dibenarkan penggunaanya? Saya harap pihak dbp segera mengkamuskan istilah inkuiri serta syot layar. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan carian khalayak ramai. Untuk makluman tuan, perkataan legitimasi terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tuan boleh melayari legitimasi">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=legitimasi untuk carian perkataan tersebut. 
Perkataan inkuiri kurikulum dan syot layar  telah terakam dalam daftar kata istilah yang boleh dilayari pada capaian http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=inkuiri+kurikulum&d=69812&#LIHATSINI . Tuan boleh melayari prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan yang hendak digunakan. Oleh itu, tuan akan memperkayakan kosa kata kerana segala maklumat seperti tesaurus dan kosa kata boleh didapati.
Tatabahasa22.05.2018

Kembali ke atas