Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gi.ti.ma.si] | ليݢيتيماسي

Definisi : (légitimasi) 1. surat bukti yg me­ngesahkan keterangan dsb tentang seseorang; 2. pernyataan yg sah, kesahihan (berasaskan undang-undang), kesahan; melegitimasikan menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legitimasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas