Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MaTt Leh MON 6:30PM Salam sejahtera, bagaimana saya ingin dapatkan buku ini? Masih ada kah stock?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain08.08.2016
asal tak leh buka?

Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.

Lain-lain29.06.2010
tetupai itu apa? leh tak saya dapatkan gambar tetupai? kalau ada sila hantar ke yewthiamyu@yahoo.com. terima kasih.Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah.Makna13.05.2008
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya takBarua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian.Makna30.04.2008
Memohon iklan untuk kedai menjual baju kanak-kanak.Saya telah menyemak iklan tersebut. Yang perlu dibetulkan hanyalah:

Oleh – oleh (huruf kecil)

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain01.08.2015
1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN… *Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat? 2- Penggunaan justeru *Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya? 3- Oleh yang demikian • Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan? 4- Bersama dan bersama-sama • Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini *Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.

Tatabahasa17.04.2009
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009

    Kembali ke atas