Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pelelo[p«.le.lo]kata adjektifleka.Jangan pelelo maen ae kat sungai tu, nanti lemas.[dZA.NAn p«.le.lo mAen Ae kAt su.NAj tu nAn.ti l«.mAs]Jangan leka main air di sungai itu, nanti lemas.
ghalet[gA.let]kata adjektifleka atau asyik.Ghalet awak bace buku.[ÄA.let A.wA/ bA.dZ« bu.ku]Asyik dan tekun kamu membaca buku.
mak angai[mA/ A.NAj] khayal ketika membuat kerja.Budak tu buwat keje mak angai, mane nak siyap.[bu.dA/ tu bu.wAt k«.dZ« mA/ A.NAj mA.n« nA/ si.jAp]Budak itu suka leka dan berkhayal apabila membuat kerja, manalah nak siap.

Kembali ke atas