Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Datuk leka bercerita tentang kerengga yang berbisa dan jumlahnya. Adakah betul penggunaan leka di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

Leka membawa maksud asyik dengan sesuatu; melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. Oleh itu, penggunaan leka dalam ayat tersebut betul.


Makna19.05.2020
Mengapakah lekafon dieja dekat? Adakah leka- dianggap awalan sama seperti pra-, pasca- dan swa- atau -fon dianggap sebagai akhiran seperti - wan, -wati.Perkataan leka bukan tergolong dalam kumpulan imbuhan awalan atau dan akhiran.  Perkataan lekafon diambil daripada istilah sumber bahasa Inggeris, iaitu “phubbing”. Kata asal istilah “phubbing” adalah daripada gabungan perkataan “phone” dan “snubbing” (Phone + snubbing). “Phone” bermaksud telefon manakala “snubbing” bermaksud tidak mempedulikan, mengendahkan atau leka. Gabungan perkataan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan leka telefon atau akronimnya lekafon.Istilah28.06.2018
Selamat pagi, ingin bertanya, apakah perbezaan antara leka, khusyuk dan asyik? Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk ayat ini? (Leka/ asyik/ khusyuk) ?

Saudara boleh membuat carian sendiri dengan mengklik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri untuk menyemak maksud kata leka, asyik dan khusyuk dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh ayat “Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya” kata “leka dan asyik sesuai digunakan.

Makna27.06.2022
Nasi yang ditanak hangus kerana dia leka menyiang ikan. (munsyi,apakah kesalahanayat ini? TK)Ayat yang betul ialah "Nasi yang ditanak telah hangit kerana dia leka menyiang ikan."Tatabahasa07.03.2013
Cikgu, cuba teliti dua ayat yang saya berikan dan minta cikgu nyatakan ayat yang betul. 1. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam melayari internet. 2. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam pelayaran internet. Pada pendapat saya, kata sendi nama "dalam" mesti diikut oleh frasa nama abstrak, jadi frasa "dalam pelayaran internet" lebih tepat, kerana kata nama "pelayaran" kata nama abstrak. "Pelayaran" bermaksud hal atau perbuatan melayari, maka "pelayaran internet" bermaksud hal atau perbuatan melayari internet. Minta cikgu tambahkan keterangan sebab kepada jawapan cikgu.Kami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa melayari internet".
Tatabahasa03.03.2015
saya nak bezakan e pepet dan e talingDalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa28.08.2008
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIHDalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300.Ejaan24.08.2012
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’?
  1. Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
  2. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
  3. Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa15.01.2021
apakah maksud e taling dan e pepet.

Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling  manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.  Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti satetaugelogo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa26.06.2018
assalamualaikum saya inginkan bantuan petikan mungkin daripada hikayat malim deman " yang capek datang bertongkat, yang bisu leka bertanya ..... minta tolong berikan yang lengkap dan emilkan kepada saya. sekian terima kasih

Terima kasih atas soalan anda,

Oleh kerana keterbatasan ruang untuk menyambung perenggan dari petikan Hikayat Malim Deman, pihak kami mencadangkan agar anda terus membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian,Terima Kasih 

Lain-lain07.03.2010
12

Kembali ke atas