Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
leka[l«.kA]kata namarakit daripada buluh.Ayoh ke hutan ambek buloh buat leka.[A.joh k« hu.tAn Am.be/ bu.loh bu.wAt l«.kA]Ayah pergi ke hutan mengambil buluh untuk membuat rakit.
selok II[s«.l]kata adjektifasyik atau leka.Budok-budok tu kalau mandi sungei, selok ngat, tok takot boye.[bu.d.bu.d tu kA.lAw mAn.di su.NEi s«.l NAt t tA.kot b.j«]Budak-budak itu kalau mandi di sungai, leka sangat, tidak takut buaya.
ralek[ÄA.le/]kata adjektifasyik, leka.Orang puteh tu ralek tengok orang besanding.[.ÄAN pu.teh tu ÄA.le/ tE.No/ .ÄAN b«.sAn.diN]Orang Inggeris itu asyik melihat orang bersanding.
tayang[tA.jAN]kata namapermainan galah panjang.Selok budok-budok maen tayang ataih pase.[s«.l bu.d.bu.d mA.en tA.jAN A.tAC pA.se]Leka budak-budak bermain galah panjang di atas pasir.

Kembali ke atas