Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
leka/léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
leka(léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka.Kamus Dewan Edisi Keempat
khalifah dabusketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak;Kamus Dewan Edisi Keempat
berdabusmemperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
khalifahAr 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis.Kamus Dewan Edisi Keempat
lena(léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing­-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabis­habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadi­kan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki­laki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir­-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
khayal1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah­olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (memba­yangkan) dlm angan-angan, mengangan­angankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyik­an (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
asyik1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ralitasyik; leka: Dia ~ membaca buku. meralitkan menyebabkan ralit; mengasyikkan: Pemandangan yg permai dan tenang itu sungguh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas