Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti­-henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal); berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai, berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat; melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau longkah (cat dll); melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan (memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg sedang berlaku di depannya; pelekang ki sesuatu yg melekangkan (meng­hilangkan penyakit dll, memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1 pecah kerana terkena panas; retak: Kerana hari terlalu panas, tanah sawah menjadi kering dan ~. 2 mudah tanggal (bkn daging buah dr biji); longkah: Rambutan ini ~ dan manis. 3 terkopek (bkn cat dsb); tertanggal. melekang 1 menjadi pecah atau belah (bkn tanah, bibir dll) kerana panas. 2 tanggal (bkn daging buah dr biji). 3 mengelupas (cat dr dinding dll). melekangkan memisahkan (sesuatu, seseorang) dr: Sangat susah ia hendak ~ dirinya dr anaknya yg disayangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekang (adjektif)
1. Bersinonim dengan retak
( rekah, pecah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan longkah
( senang tanggal)
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan sentiasa
( selalu, saing, )
(adverba:)

Kata Terbitan : berlekang, melekang, melekangkan, pelekang,

Peribahasa

Tak lapuk di hujan,
     tak lekang di panas.

Bermaksud :

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shelly hooftelapuk lekangVeterinarTiadaTiada
strip(ing) filmfilem lekangGeografiTiadaTiada
antepartum haemorrhagehemoraj antepartumKejururawatanTiadaPerdarahan dari vagina kerana plasenta lekang dalam tempoh antara 20 minggu gestasi sehingga kelahiran bayi.
acetate colourwarna asetatKesenianSeni LukisCat legap kalis air yang tidak mudah lekang bila digunakan di atas permukaan licin.
Melaleuca leucadendrongelamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar udara, kosmetik, sabun dan minyak wangi.

Kembali ke atas