Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lék.si.ko.gra.fi] | ليکسيکوݢرافي

Definisi : (léksikografi) proses atau profesion menyusun kamus, perkamusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lék.si.ko.gra.fi] | ليکسيکوݢرافي

Definisi : /léksikografi/ penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leksikografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURRAY, SIR JAMES

Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi

Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor–

Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai

ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal

dengan penggunaan perkataan yang tepat dan

pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum

siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi

sumbangan yang paling penting bagi

penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir

di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia

bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu

Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di

London. Dia belajar linguistik (kajian tentang

bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan

Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London.

Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada

tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada

tahun 1908 yang membawa gelaran Sir.

UMUM 
KAMUS DWIBAHASA

KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa.

BAHASAPenerbitan
KAMUS UMUM BAHASA INDONESIAKAMUS UMUM BAHASA INDONESIA, kamus yang telah disusun oleh seorang ahli bahasa dan ahli leksikografi bahasa Indonesia yang terkenal iaitu Josef Sabarija Poerwadarminta (W.J.S. Poerwadarminta). Kamus ini diterbitkan oleh Penerbit Balai Pustaka, Jakarta dan telah dicetak beberapa kali, iaitu cetakan pertama (1953), cetakan ketiga (1960), dan cetakan keempat (1966).BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas