Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Kerja yang bukan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indentinden; pesanan; lekukPerubatanTiada2. Lekuk: Lekuk dalam permukaan sesuatu.
flutinggalurKesenianTiada2. Galur: Lekuk-lekuk panjang pada sesuatu kolum.
chatteringpenggelatukanKesenianTiadaProses menggetarkan mata pemotong pada sesuatu permukaan untuk menghasil lekuk-lekuk yang halus.
diffraction gratingparutan belauanFizikOptikPeranti optik yang terdiri daripada siri susunan celah yang sangat sempit atau lekuk-lekuk sempit pada permukaan yang digunakan untuk menghasilkan spektrum dengan cara pembelauan interferens. parutan.
morelmorelPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan berbentuk kon bulat yang mempunyai tekstur seperti span, berwarna perang gelap atau perang kekuningan dan mempunyai lekuk-lekuk yang jarang.
rounded morelmorelPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan berbentuk kon bulat yang mempunyai tekstur seperti span, berwarna perang gelap atau perang kekuningan dan mempunyai lekuk-lekuk yang jarang.
sponge mushroommorelPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan berbentuk kon bulat yang mempunyai tekstur seperti span, berwarna perang gelap atau perang kekuningan dan mempunyai lekuk-lekuk yang jarang.
common morelmorelPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan berbentuk kon bulat yang mempunyai tekstur seperti span, berwarna perang gelap atau perang kekuningan dan mempunyai lekuk-lekuk yang jarang.
marine bugkepinding lautBiologiEntomologiKepinding pemangsa dalam order Heteroptera. Serangga ini kecil, berwarna seperti warna pasir dan hidup pada rumpai laut dan di dalam lekuk-lekuk batu di antara aras pasang surut.
lekuklekukKesenianTiadaDaun ukiran yang kecil dan hujungnya melengkung atau bergelung.
12345678910...

Kembali ke atas