Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gentatlekuk ke dalam, kempis ke dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
cekung1 lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2 melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cekung1. lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2. melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung.Kamus Pelajar
pantak I; memantak masuk dalam-dalam (pasak dll): perkataan-perkataan yg tajam ~ tepat ke telinga Pak Dollah; memantakkan 1. memasukkan dalam­dalam, menukul hingga masuk dalam-dalam (pasak, paku, dll): muncung keluli ini dipantakkan ke dlm tanah; 2. ki memasukkan (idea, konsep, dsb) ke dlm fikiran, mempengaruhi: kanak-kanak kini turut membuat keputusan membeli jenama yg dipantakkan oleh iklan televisyen ke dlm fikiran mereka; pantakan hasil atau perbuatan memantakkan: ~ itu meninggalkan lekuk yg dalam; kesan ~ itu menyebabkan masyarakat selalu berhati-hati ketika menggunakan gula dlm makanan dan minuman; pemantak alat utk memantakkan sesuatu, penukul.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kempung I1. lekuk atau termasuk ke dalam kerana kurang berisi (bkn pipi), cekung (pipi), caung atau kempis (pipi): pipinya ~ dan matanya cengkung; 2. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kemik.Kamus Dewan Edisi Keempat
alur1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila mem­bajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ ber­tempuh, jalan berturut prb dilakukan me­nurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelung Ilengkung atau lekuk di tengah-tengah (pd perisai dll); piring ~ piring yg melengkung ke dlm di tengah-tengah, piring dalam; berkelung berkeluk, melengkung (ke dlm): permukaan air di dlm saluran itu ~ membentuk meniskus.Kamus Dewan Edisi Keempat
hati I1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluar­kan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan gliko­gen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mende­barkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita ke­rana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menu­rutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedi­kit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerja­kannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh se­orang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanu­siaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperike­manu­sia­an; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas