Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
fatigue testuji lelahuji lesuuji lesuKejuruteraan Kapal Terbang
fatigue metermeter lelahmeter lesumeter lesuKejuruteraan Kapal Terbang
fatigue limitbatas lelahbatas lesubatas lesuKejuruteraan Kapal Terbang
fatiguelelahfatig (logam)kelesuan (otot); fatig (logam)Fizik
metal fatiguefatik logam/ lelah logamfatig logamkelesuan logamPerubatan
fatigue (metal)fatik/ lelahfatig (logam)fatig/kelesuan (logam)Perubatan
accelerated fatigue testuji lelah dipercepatujian lesu terpecutujian lesu terpecutKejuruteraan
accelerated fatigue testuji lelah dipercepatujian lesu terpecutujian lesu terpecutKejuruteraan

Kembali ke atas