Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhausted developerpembina lelahKomunikasi MassaTiadaTiada
exhausted solutionlarutan lelahKomunikasi MassaTiadaTiada
broken wind (horse)lelah (kuda)VeterinarTiadaTiada
pulse pile-uptimbunan denyutKejuruteraanTiadaPertindihan dua atau lelah denyut bagi menghasilkan denyut tunggal yang amplitudnya berbeza daripada biasa.
aminophyllineaminofilinaKimiaForensikSebatian yang digunakan untuk merawat penyakit lelah, emfisema dan bronkitis. Kegunaannya kini dilarang kerana boleh menyebabkan alergi. Ia diberikan kepada pesakit secara perlahan-lahan, contohnya ubat pada dos 500 mg disuntik dalam tempoh 20 - 40 minit. Kesan sampingannya termasuk sakit perut dan usus, loya dan muntah, tekanan darah rendah, takikardia, nadi jantung yang tidak seragam atau cepat, dan gemuruh. Kematian telah dilaporkan akibat pengambilan pada dos 0.1 g secara intravena atau 25 mg/kg - 100 mg/kg secara supositori rektal.
asthmaasmaPerubatanTiadaKeadaan yang ditandai dengan serangan berulang dipsnea paraoksimal dengan pernafasan seperti lelah akibat pencerutan spasmodik bronki, mungkin manifestasi alergi atau teraruh oleh zarah perengsa, senaman yang bertenaga dan lain-lain.
eucalyptuskayu putih)GeografiTiadaSejenis pokok berbau busuk yang mengeluarkan minyak yang boleh mengubat penyakit lelah.
broncheal asthmaasma bronkialPerubatanTiadaKeadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.
bronchial asthmaasma bronkialPerubatanFarmakologi

Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan.  Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.

acebutololasebutololKimiaForensikNama dagang, Sectral. Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, angina, dan nadi jantung tidak seragam. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pesakit lelah, atau pesakit yang mengalami kegagalan jantung, atau penyakit kardiovaskular. Kesan sampingan nya termasuk nadi jantung yang periahan, angin, sakit kaki, loya, sakit kepala, ruam kulit dan rasa pitam.
1234

Kembali ke atas