Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.las] | للس

Definisi : 1. licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dsb); 2. terkupas kulit (kerana tergesel dsb), lecet; melelas 1. menjadi licin atau rata (spt diparas atau dipotong); 2. mengelupas kulit (kerana tergesel dsb), melecet; melelaskan 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu hingga licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan; pelelas sesuatu yg digunakan utk melicinkan, pelicin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.las] | للس

Definisi : 1 licin kerana digosok (dihiris atau dipotong). 2 terkupas kulit kerana tergesek dll. melelas 1 menjadi licin atau rata. 2 mengelupas (kulit); melecet. melelaskan 1 menjadikan licin atau rata: ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin. 2 menggosok hingga licin. 3 menyebabkan menjadi lelas (terkelupas kulit dll): Kasut baru ~ kakinya. lelasan kawasan pd tubuh yg terkupas kulit kerana tergesek dsb: Terdapat luka dan ~ pd tubuh mangsa. pelelasan perihal, perbuatan dsb melelas atau melelaskan. pelelas sesuatu yg digunakan utk melelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelas
Rujuk :lecet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finishing paperkertas lelas akhirKesenianTiadaKertas lelas yang halus permukaannya sesuai digunakan dalam kerja-kerja pengemasan akhir.
abrasion testujian lelasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian untuk menentukan takat lelas cat
abrasive jet machinemesin pancut-lelasKesenianTiadaMesin yang memancutkan bahan lelas pada sesuatu permukaan untuk membersihkan atau melicinkannya sebelum pengemasan selanjutnya dilakukan.
abradable shroudselubung tahan lelasKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSelubung turbin, umumnya berbentuk gegelang segi enam, bersifat tahan lelas, dipasang pada bahagian luar selongsong turbin.
honinglelasKejuruteraanTiadaTiada
abradelelasPergigianTiada

Perbuatan mengasarkan permukaan gigi bagi mendapat pegangan bagi bahan tampalan. Ia boleh dibuat dengan menghembus bahan pelelas seperti serbuk alumina oksida kepada permukaan gigi tersebut.

abrasionsluka lelasPerubatanTiadaLecet pada permukaan kulit akibat geseran.
abrasive paperkertas lelasFizikTiadaTiada
abrasive reductionpengurangan lelasKomunikasi MassaTiadaTiada
abrasive wearhaus lelasKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas