Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli­-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas­-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. men­jual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. mem­borong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekira­nya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : /lélong/ penjualan barang-barang di hadapan orang banyak dan pembeli-pembelinya menawarkan harga yg beratas-atasan. melelong 1 menjual (barang) di hadapan khalayak ramai dgn harganya beratas-atasan. 2 memborong barang lelong. melelongkan 1 menjual sesuatu dgn melelong: Kerajaan boleh ~ tanah yg tidak berbayar cukainya. 2 memborongkan sesuatu pekerjaan (membekalkan makanan ke asrama dsb). terlelong sudah dilelong; kena lelong. pelelongan perbuatan melelong atau melelongkan; penjualan lelong. pelelong orang yg melelongkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelong


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
auctionn (public sale) jualan lelong; Dutch ~, lelong Belanda; be up for ~, akan dilelong; put st up for ~, melelong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
careenvi melelong-lelong: the car ~ed down the hill, kereta itu melelong-lelong menuruni bukit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Dutch auctionn lelong Belanda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sale roomn bilik lelong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sale4. (also in pl) amount sold, jualan: the total ~ is encouraging, jumlah jualan barang-barang itu sangat menggalakkan; ~s figures, angka jualan; 5. auction, (jualan) lelong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outbidvt offer higher than, (act.) menawarkan harga yg lebih tinggi; (pass.) ada orang yg menawarkan harga yg lebih tinggi: he ~ all the others at the auction,v dia menawarkan harga yg lebih tinggi drpd semua yg lain di jualan lelong itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas